♥ Bismillah...."Menuntut ilmu wajib atas tiap muslim (baik muslimin maupun muslimah). (HR. Ibnu Majah)," Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) dg ketenangan dan kehormatan diri, dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajar kamu. "(HR. Ath-Thabrani)

Minggu, 20 Februari 2011

♥ Menyisir Rambut, Memotong Kuku & Mandi Ketika Haidh ♥


Pertanyaan:
Aku pernah mendengar bahwa menyisir rambut tidak boleh ketika sedang haidh, begitu pula memotong kuku serta mandi. Apakah ini benar?

Jawaban:
Oleh: Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaiminrohimahulloh

Ini tidak benar, wanita yang haidh boleh memotong kukunya, menyisir rambutnya dan mandi junub, seperti apabila ia mimpi basah ketika haidh maka ia boleh mandi junub. Atau suaminya mencumbuinya tanpa jima’ lalu si istri mengeluarkan mani, hendaknya ia setelah itu mandi junub.
Dan perkataan yang masyhur di kalangan sebagian wanita bahwa ia tidak boleh mandi, menyisir rambut dan memotong kukunya maka setahuku ini tidak ada asalnya dalam syari’at.

***
Diterjemahkan dari: http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_4750.shtml. Artikel ummushofi.wordpress.com
***

سؤال تقول : سمعت بأن مشط الشعر لا يجوز أثناء الحيض ولا قص الأظافر والغسل فهل هذا صحيح أم لا؟
هذا ليس بصحيح فالحائض يجوز لها قص أظافرها ومشط رأسها ويجوز أن تغتسل من الجنابة مثل أن تحتلم وهي حائض فإنها تغتسل من الجنابة أو يباشرها زوجها في غير الوطِ فيحصل منها إنزال فتغتسل من الجنابة فهذا القول الذي اشتهر عند بعض النساء من أنها لا تغتسل ولا تمتشط ولا تكد رأسها ولا تقلم أظفارها ليس له أصل من الشريعة فيما أعلم.
الشيخ محمد بن صالح العثيمين ( رحمه الله تعالى )

diteruskan dari :


====================================

~..Hadis Palsu Tentang Adab Potong Kuku..~

  *HADIS TERSEBUT PALSU DAN TAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH*

من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، 
ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب

Darjat Hadith
1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net 

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:
من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة

Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh. 

al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:
لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata:

 "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Kesimpulan:
1. Hadis Memotong kuku mengikut susunan adalah dhaif/palsu.
2. Apa yg thabit/sahih adalah memulakan dengan tangan kanan atau kaki kanan berdasarkan hadith Aisyah yg menceritakan Nabi SAW sentiasa mendahului perbuatan dgn tangan kanan, termasuk menyikat rambut.
Aisyah Ummul Mukminin beliau mengatakan,
"Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam suka mendahulukan yang kanan ketika bersuci, menyikat rambut dan memakai sandal." (HR. Bukhari dan Muslim)
3. Islam mengutamakan kebersihan untuk ummatnya. Maka memadai dengan apa yg diajarkan oleh Rasulullah SAW berkenaan kebersihan berdasarkan hadis soheh, tidak perlu menjadikan hadis dhaif <span>hadis yg xditentukan kesahihannya</span> sebagai hujjah untuk kita beribadah. 

Wallahua'lam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

free counters
free counters